Make your own free website on Tripod.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN TUTORIAL

Home | tutorial menjadi usahawan internet

image008.jpg
tutorial bersama mr khai

 


ANDA INGIN MENJADI SEORANG PEREKA LAMAN WEB.


Seseorang yang ingin menjadi pereka laman web perlu mempelajari bidang sains komputer kerana ia perlu mempelajari beberapa bahasa bahasa pengaturcaraan.Namun disini saya akan ajarkan anda dari proses awal pembinaan laman web sehingga selesai dan anda akan menjadi pereka laman web sekiranya anda rajin dan tidak berputus asa dalam mempelajari subjek ini.

Hasil Lumayan Seorang Pereka Laman Web

- seorang pereka akan mengenakan bayaran sekurang kurang rm 200-500 untuk menyiapkan sebuah laman web untuk pelangganya.Namun laman ini saya kongsikan ilmu secara percuma untuk menjadikan anda seorang pereka laman web dan ia sememangnye pulangan yang amat lumayan.Mana tahu anda akan bergelar seorang jutawaan dengan hasil perniagaan sebagai pereka laman web.

Lagkah langkah buat laman web

- ada beberapa langkah cara membuat laman web sehingga ia di paparkan di internet.- disini saya terangkan beberapa langkah yang harus dan wajib diikuti.



4 LANGKAH UTAMA MEMBINA LAMAN WEB


 1)BUAT RANGKA

-Sebelum membuat sesuatu laman web seorang pereka perlu mengetahui bahasa bahasa html iaitu bahasa yang perlu digunakan untuk membuat potral.Biasanya seorang pereka laman web mengambil masa lama untuk mereka sebuah laman dan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengaturcaraan beberapa bahasa iaitu html dan java scricpt.


Cth bahasa html:


<HTML><HEAD><TITLE>MEMBINA LAMAN WEB</TITLE>

<META http-equiv=Content-Type content="text/html; charset=windows-1252">

<META content="MSHTML 6.00.5730.11" name=GENERATOR>

<META content=FrontPage.Editor.Document name=ProgId></HEAD>

<BODY>

<SCRIPT src="http://hb.lycos.com/hb.js" type=text/javascript></SCRIPT>


<SCRIPT src="http://ratings.lycos.com/ratings/lycosRating.js.php"

type=text/javascript></SCRIPT>



-cara yang mudah ia perlu ditaip di notepad dan masukan kedalam beberapa perisian yang boleh membaca bahasa ini,dan ia perlu di kompilkan dalam perisian tersebut.


 

2)MENYEWA TAPAK WEB HOSTING.

- Sesudah selesai membuat rangka,seorang pereka perlu mencari tapak web hosting yang sesuai untuk menempatkan rangka laman yang telah dibuat.Sebuah laman yang besar yang berunsur perniagaan perlu menyewa tapak yang menyediakan ruang storan yang besar manakala untuk urusan peribadi dan perniagaan yang kecil hanya perlu menyewa ruang storan yang kecil sahaja.

Mengapa Perlu Menyewa Tapak Web Hosting.

-Syarikat Web Hosting adalah tempat di mana semua rangka laman web yang telah dibuat perlu disimpan di syarikat tersebut.Ia umpama sebuah hardisk yang perlu disewa di internet untuk dipaparkan di seluruh dunia.

- terdapat banyak syarikat di Malaysia dan diluar Negara yang menyediakan sewaan tapak web hosting.Anda hanya perlu mencari di internet dan anda perlu memilh bayaran sewaan bulanan atau tahunan.Ada yang menawarkan bayaran serendah RM 20 sebulan dan setahun RM 100.

- Namun begitu anda perlu berhati hati,anda perlu memilih syarikat yang memboleh laman web anda di update banyak kali kerana ada sesetengah syarikat tidak membenarkan anda mengupdate laman anda dan ia berbentuk statik.Dan ada pula syarikat yang meminta bayaran setiap kali laman anda di update.


 

3)MENCARI DOMAIN NAME.

-Setelah siap anda menyewa tapak web hosting, anda perlu memilh nama domain name yang sesuai dengan perniagaan anda.contoh nya perniagaan anda menjual bunga nama domain anda mestilah memudahkan pelanggan memahami dan merasa ingin memasuki laman anda.Bukan mudah mencari pelayar internet untuk memasuki laman anda kerana terdapat berjuta-juta laman web di dunia dan anda perlu tahu bagaimana untuk menarik pengunjung di laman anda.

Contoh nama yang sesuai dan mudah untuk pengunjung melawati laman anda. www.JualBunga.com.my.

Nama yang tidak sesuai contohnya www.entala.com.my ini kerana nama domainya tidak menarik pengujung untuk melawati mahupun membeli.

Contoh bayaran domain name:

www. _ _ _ _ .com RM 50.

www. _ _ _ _.com.my RM 100

mungkin ada yang dikalagan anda tidak mengetahui perbezaan .com dan .com.my.

(.com) untuk pasaran di seluruh dunia manakala (.com.my)untuk pasaran dalam

Malaysia sahaja.Sekiranya anda seorg peniaga yang menjual barang di dalam Malaysia dan menggunakan bahasa Malaysia com.my sangat sesuai untuk pasaran dalam Malaysia sahaja.


Bagaimana membeli domain name.

- untuk pembelian domain anda perlu memilih syarikat web hosting yang menyediakan perhidmatan pembelian domain name.Ini kerana ada sesetengah syarikat web hosting hanya menyediakan sewaan tapak sahaja tanpa domain name.oleh itu anda perlu berhati hati memilih syarikat web hosting yang menyediakan kedua dua perhidmatan tersebut.

 

4)IKLANKAN LAMAN ANDA DI SEARCH ENGINE 

Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda dan menyediakan tapak web hosting anda,langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari(search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini.Tujuannya supaya laman(homepage)anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda!


Submit your page to 34 popular sites for free, using one form!


BERIKUT MERUPAKAN 4 LANGKAH YANG BIASA SEORANG PEREKA LAMAN WEB UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH LAMAN WEB.



 

CARA PEMASARAN LAMAN WEB ANDA DI INTERNET


- bukan mudah untuk memasar dan memberitahu laman web anda di seluruh dunia tentang kewujudan laman web anda.Anda sendiri perlu memberitahu sendiri laman anda kepada kawan atau pu melalui internet.Disebabkan kurang pengatuan pemasaran internet inilah yang membuatkan ramai peniagaan di internet gagal.

Terdapat beberapa cara untuk mempromosi laman anda di internet.


BANNER.

-ia ialah sebuah iklan internet di kiri atau kanan laman web seperti seacrch engine yahoo.jika anda perasan sebuah iklan akan secara atomatik keluar dengan tiba2 walaupun anda tidak mengclik iklan tersebut.ia adalah cara promosi yang mudah namun iklan ini perlu di bayar.anda boleh menyewa dengan mencari banner yang sesuai dnengan di mudah di search engine






LANGKAH MEREKA SEBUAH RANGKA LAMAN WEB

Disini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara seorang pereka web untuk meghasilkan sebuah rangka web sebelum ia di publishkan di web hosting.Terdapat beberapa cara untuk mempelajari membina bahasa HTML ini.Jika anda seorang yang benar benar minat untuk mempelajari bahasa HTML saya akan kongsikan bersama anda.Dengan pengalaman dan minat saya membina laman web selama ini mungkin dapat menambah pengatahuan anda.


 

MEMBUAT RANGKA BAHASA HTML

.Seorang pereka web akan melakar dahulu secara draf atau gambaran laman yang hendak mereka mengikut kehendak dan persetujuan pelanggan.Seorang pereka perlu mengetahui Penguasaan kadeah HTML yang mana akan menunujukan lebih daya kreativiti pada laman. Terdapat banyak tutorial di dalam internet yang boleh saya kongsi bersama anda untuk mengetahui dan mempelajari bahasa HTML dengan lebih lanjut:


Terdapat juga perisian HTML bagi kegunaan membina laman terdapat di pasaran dan ada di antaranya boleh di download secara terus dari internet,antaranya adalah seperti berikut:

Sekiranya anda ingin mengisi ruang laman anda dengan borang yang anda inginkan dalam laman anda contohnya seperti borang pesanan anda boleh memasuki dan mempelajari kaedah di bawah:


MENCANTIKAN LAMAN ANDA



Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti,warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna.

CIRI-CIRI TAMBAHAN LAMAN

Laman anda memerlukan beberapa sisipan tambahan seperti CGI dan Java Scripts - Counters(pembilang), Guestbooks(Buku Pelawat), Mail To Forms, dan sebagainya.



PEMILIHAN LATAR BELAKANG DAN GERAK AMASI

Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons dan sebagainya.Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons, sama ada untuk laman personal.

MENAMBAH CIRI MUZIK PADA LATAR BELAKANG LAMAN.





Memasukkan lagu(muzik)latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar,dapatkan panduannya di bawah ini:



Setelah siap membuat rangka laman web anda dengan menggunakan kaedah di atas anda perlu mengikut langkah 2 yang saya ajarkan di atas dengan memilih dan mencarai tapak web hosting yang sesuai.

PEMILIK LAMAN WEB(mr khai)